BERKONGSI REZEKI DENGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN
Memastikan semua kanak-kanak asnaf/kurang berkemampuan dapat menyambut Aidilfitri dengan pakaian baharu disamping membantu tukang jahit individu menjana pendapatan di bulan Ramadhan ini.
Berikut adalah tiga langkah bagaimana Raya Bersama berfungsi:
1. Anda Menaja
Pilih jumlah tajaan yang anda ingin berikan. Setiap nilai tajaan membantu menyediakan sepasang baju kurta atau baju melayu untuk seorang kanak-kanak asnaf.
2. Kami Uruskan & Menyediakan Pakaian
Dana yang diterima akan digunakan untuk menempah pakaian berkualiti, direka khas untuk keselesaan kanak-kanak. Kami memastikan setiap sumbangan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini.
3. Pakaian Disalurkan kepada Penerima
Kami bekerjasama dengan NGO dan sukarelawan untuk mengagihkan pakaian kepada anak-anak asnaf sebelum Aidilfitri, memastikan mereka dapat menyambut raya dengan penuh kegembiraan.
Untuk tahun ini, Raya Bersama menyasarkan 100 penerima terdiri dari kanak-kanak.
Anggaran Kos Per Pakaian: RM40 – RM60
Jumlah Sasaran Kutipan: RM5,000
Setiap tajaan anda membantu kami mencapai matlamat ini.
Dengan hanya RM40, anda boleh menaja satu pakaian untuk seorang anak asnaf. Bersama-sama, kita boleh memastikan mereka menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan!
Berikut adalah lokasi dan komuniti yang akan menerima sumbangan pakaian raya tahun ini:
✅ BAJU RAYA PROJECT
✅ 2
✅ 3
✅ 4
✅ 5
Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan jumlah tajaan dan penerima yang memerlukan. Bersama, kita sebarkan kebahagiaan Aidilfitri!
Terima kasih kepada para penaja yang telah menyokong usaha ini dan membantu menyebarkan kegembiraan Aidilfitri kepada anak-anak asnaf.
✅ NUR AIN
✅ FAIZ
✅ HAMBA ALLAH
✅ 4
✅ 5
Kami amat menghargai setiap tajaan yang diberikan. Jika anda ingin menjadi salah seorang penaja, scroll hingga ke bawah!
Berikut adalah aktiviti yang dijalankan dalam Raya Bersama sebagai kemas kini kepada para penaja mengenai perkembangan dan agihan sumbangan:
1. Kutipan Sumbangan Bermula – 29 FEB 2025
2. Dana Dikumpulkan & Disahkan – 14 MAC 2025 @ Lebih Awal
3. Tempahan & Penyediaan Pakaian
4. Pengagihan kepada Penerima – 21 MAC 2025 @ Lebih Awal
5. Laporan & Penghargaan kepada Penaja
Nota:
Raya Bersama bukan sekadar sebuah projek, tetapi satu usaha individu dan rakan-rakan yang percaya pada erti kemanusiaan. Kami bukan organisasi besar, hanya sekumpulan insan yang mahu melihat senyuman di wajah anak-anak asnaf ketika menyambut Aidilfitri.
Dengan semangat "berkongsi rezeki, menyebar bahagia," kami berganding bahu mengumpul dana untuk menyediakan pakaian raya kepada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan, sekecil mana pun, membawa makna besar kepada mereka.
Bersama kita jadikan Aidilfitri lebih bermakna! 🌙✨
"Terima kasih kerana menyertai Raya Bersama! Lengkapkan tajaan anda sekarang untuk membantu menyediakan pakaian raya bagi anak-anak asnaf. Setiap sumbangan membawa satu senyuman di Aidilfitri. Bersama, kita sebarkan kebahagiaan!
TARIKH TUTUP 14 MAC 2025
Tajaan Iftar untuk 100 Orang Sepanjang Ramadhan
Setiap RM15 yang anda sumbangkan menyediakan hidangan berbuka untuk mereka yang memerlukan. Bersama, kita kongsi rezeki dan berkongsi keberkatan! 🌙✨
Projek #BelanjaIftar oleh OG STREET KITCHEN
Bersama kita sebarkan kebaikan dengan menaja hidangan iftar untuk mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda membawa kegembiraan di bulan penuh keberkatan ini. Klik butang “Whatsapp” di bawah untuk hubungi OG STREET KITCHEN
Program Amal: BAJU RAYA PROJECT 2025
📅 Tarikh: 15 Mac 2025 (Sabtu)
🕗 Masa: 8:30 Pagi – 11:00 Pagi
📍 Lokasi: RHB Centre, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
✅ Disalurkan kepada rumah kebajikan, ibu tunggal, dan individu yang memerlukan.
✅ Pakaian Baju Raya
✅ Set 5221 (Keperluan Asas)
Raya Bersama adalah inisiatif individu dan rakan-rakan untuk mengumpul sumbangan bagi menyediakan baju kurta dan baju melayu kepada kanak-kanak asnaf sempena Aidilfitri.
Tajaan akan disalurkan kepada 100 kanak-kanak asnaf dari pelbagai rumah kebajikan dan komuniti terpilih di seluruh Malaysia.
Kos setiap pakaian dianggarkan RM40 – RM60, dan sasaran kutipan keseluruhan adalah RM5,000 – RM6,000 untuk membiayai 50 baju melayu dan 50 kurta.
Anda boleh menaja melalui borang tajaan di laman ini, yang akan membawa anda ke halaman pembayaran menggunakan FPX Billplz
Ya, sudah tentu! Tiada had tajaan, dan anda boleh menaja seberapa banyak yang anda mahu.
Kami akan mengemas kini laporan tajaan dan senarai penerima di laman ini. Anda juga boleh mengikuti perkembangan di media sosial kami.
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp, email, atau media sosial yang disertakan di bahagian bawah laman ini.